Thursday, April 22, 2010

Winner for the Month of April 2010


You pun CUN lah ,Pink,Gorgeous,Brilliant,Menyerlah sampai sakit mata dek tersangat menyinari.Kerana gambaq you telah Ter-missed baca,You also boleh bawa pulang RM2juta bersama sebuah Banglo bernilai RM1.5 Million at Bayu Feringghi,Batu Feringghi,Penang.
CONGRATULATION.

Wednesday, April 21, 2010

Jantungku dah berbuah.




Seronok rasanya apabila jantung pokok pisang TANDUK telah pun dengan selamatnya berbuah,rasanya mungkin dua minggu lagi besaqlah pisang tu,dengaq kata sebiji pisang sama dengan sebelah lengan,tak tau lah pulak ,baru 'first time' berbuah,moga jadilah hendaknya,tapi yang seronoknya anak-anak pokok pisang tanduk tu ada kat dua belas,tiga belas anak-anak dia sekeliling,hai jenuh la pulak aku nak asing-asingkan....reseki.!

Nostalgia III -Aku dan Kenangan






Rasa-rasa ini saja gambaq-gambaq yang aku ingin paparkan untuk di kogsikan bersama-sama warga 663a dan peminat-peminat 663a jelutong Route,nanti kalau ada lagi gambaq Nostalgia akan ku uploadkan lagi.

Tuesday, April 20, 2010

Nostalgia II -1993-17 years ago.






Dengan tak semena-mena aku teringat gambaq-gambaq lama ni,terus idea datang nak upload di web site,pasai gambar-gambar selalunya lagi lama lagi jadi 'blur',so ... Go-Blog jawapannya.

Nostalgia I -Selamat Pengantin Baru Jebat & Saleha






Gambar perkahwinan aku semasa 1983 bulan Ogos,Baru kini boleh ku updated karena masa dulu tak dak komputer apanama nak 'update',upload ? Jauh sekali.Kini kulepas kan geram akan ku updated gambaq-gambaq kenangan aku dan isteri dan warga 663a yang masih ada dan yang telah tiada semuga ruh mereka dicucuri rahmat Allah hendaknya.Aku juga berterima kasih pada keluarga ku semua juga warga 663a jelutong karena telah sudi datang dan memeriahkan lagi dihari bersejarah aku tu.Kini sudah 17 tahun berlalu anak-anak kecil waktu tu telah pun meningkat dewasa dan remaja dan ada juga yang telah mendirikan rumahtangga.Akan ku sematkan kenangan itu di Alam Maya atau Alam siber untuk dipertontonkan oleh generasi akan datang.OK lah ...Layan....

Monday, April 19, 2010

Malaysia hari ini


aku terjumpa karangan ni diinternet ,kisah seekor hantu,yang karangannya di tulis oleh...........entah.

Thursday, April 8, 2010

Gambaq-Pasang Grill Pintu






Terlepas pulak gambaq ni,ceritanya dibawah.

Pasang Grill Pintu

Kelmarin pasang grill pintu kat rumah aku,pasai kebelakangan ni banyak kejadian pecah rumah ,dulu aku dah kena sekali,2 minggu sudah 'depa' tetamu tak diundang mai lagi tapi tak dan masuk,buka cermin tingkap ,aku jumpa kat dalam kawasan kuboq, mungkin ada orang nampak kot ataupun 'line tak kelear' susah hati rumah selalu tak dak orang aku pun tempahlah Grill Pintu,boh tempat yang penting2 dulu bajet pun ciput,tempah 3xpintu,1 depan 2 belakang rumah.2x tingkap belakang rumah, ada bajet baru boleh tambah.Gate depan cina tu repair Free,tambah besi kat atas,A Tong lah tolong cat ,koko lagi.Tengok tu member lepak ataih ndoi letih lah kot dari tengahari sampai malam punya 'keroje'.Aku belanja nasi goreng kat dia,sendiri masak.

Musim Buah-buahan di Tamanku






La ni adalah sikit pokok-pokok aku dok berbunga dah ada dah berbuah,dapatlah merasa sikit hasil dari "berbakti pada tanah".Moktan baru dok menjadi buah-buah kecil dah ada yang sesat dah jadi besaq,yang besaq gagak dah sapu dulu.Pasai larang A Tong ambiq moktan,gagak sapu dulu,marah sungguh A tong kat aku,tak p0ahlah banyak lagi dok berbuah.
Amra pun dok buah juga tapi masih kecik,bunga dia pun banyak,ulam raja dan selasih sampai tak larat nak buat ulam,telampau banyak,cabai melaka baru dok besaq,pokok pisang tanduk dah tinggi dok pakai daun dia buat ikan bakaq dan apa saja rasa nnak bungkuih,kadang2 bungkuih nasi goreng bawa bekai pi kerja,buah pisang belum lagi tapi anak dia banyak sungguh membiak,lani dok naik besaq ialah tebu,cabai, karapule dan pandan.haa dan terbaru pokok kantan baru dok naik.

Saturday, April 3, 2010

Jangan Jadi 'cam ni.


FRUSTTTT MENONGGGGENGGGG.