Sunday, June 13, 2010

ADAM KECELAKAAN!!! Patah Tangan!






Anak aku Johan Adam kecelakaan dua hari lepas.Bukan kereta,bukan Motor tapi Basikal yang penyebab,ntah macam mana boleh terjatuh basikal,kata dia, dia jatuh lalu tampan dengan tangan kanan,akibat sangat cepat tak tau nak buat macam mana dia pun tampan dengan tangan kanan dia.tapi tak perasan tulang lengan dia patah,dia tak komplain sakit ,aku ingat terseliuh saja bubuh lah minyak angin,esok tu nampak bengkak,balut ngan bandage,bengak tak surut aku suruh mak dia pi klinik kot-kot la masuk angin,doktor nasihat suruh bawa pi Adventist Hospital for X-RAY, baru tau ada patah ,la ni kena simen dan dok Adventist satu malam mak dia teman,Kesian kat dia,budak tak tau apa.Sakit pun tak komplain.Tabah sungguh.Itu lah anak aku JOHAN ADAM.Membesar bagai JOHAN.Bulan lepas abang dia dengan Opai,terterap atas jalan race motor ambulan bawa pi Hspital Balik Pulau,Dua minggu sudah Kakak dia dengan sepupu dia terterap juga naik motor,riuh satu klinik Telok Bahang kena injek,melalak bagai nak rak klinik tu.Entah lah apa nak jadi............!

Tuesday, June 1, 2010

Anak pokok pisang Tanduk/Ambra/Moktan isi Nyok






Ni dia aku punya anak-anak pokok pisang tanduk yang baru tanam asal dari satu pokok sekarang dah banyak,buah amra pun dah banyak juga jadi dan rambutan baru dok membesar masih lagi hijau tapi tahun ni moktan tak banyak sangat tak tau pasai apa ,agak-agak dia marah kot kami buat ndoi bawah pokok tu,dok goncang mai goncang pi,tak senang duduk la depa ni,buat pening 'pala aku ja.Wallahualam.

Daun Pisang Yang Cantik-Bourgainvilla Purple






Rasa-rasa aku tak semua daun pisang sama,baru aku tau lain pokok(jenis) lain daunnya,misalnya jenis pisang tanduk,daun dia besaq lebaq dan tebai,dan pokoknya pulak sangat tinggi dan buahnya pulak besaq dan panjang macam Tanduk lah.
Lagi satu pokok yang paling aku benci kini menjadi kegilaan pulak iaitu pokok bunga kertas,dulu aku selalu marah kan Rohana ,suruh dia buang pokok duri tu,lani aku pulak suka BANGAT,nasib dia tak ikut aku,lani aku dok cari yang boleh naik sampai bumbung,macam dirumah Rohana tu,tapi susahlah mana nak dapat,Rohana dah lama bela pokok tu,bunga dia pun cantik merah.Pokok bunga kertas aku warna Unggu/purple baru dok berbunga seronok lak aku tengok,aku pi serata tempat kerat ranting dan semai yang lain baru tumbuh daun.

Cuba Lagi Nak upload Pisang Tanduk






Ni dia SUCESS!